AP dan Mengimpot Kereta

 

 

Surat mengenai panduan cukai impot kereta ini di download dari laman Malay Community in Leeds. Walaubagaimanapun ia boleh dipakai di mana-mana.

 

Untuk mengetahui syarat-syarat  membawa masuk kereta dari luarnegara klik di sini untuk ke laman Panduan Cukai atau anda boleh melihat kandungan asalnya di laman Jabatan Kastam dan Eksais di Raja Malaysia http://www.customs.gov.my/Malay/sld/sld.htm

 


Pengiraan Cukai Kereta Import

 

 

Penggiraan cukai IMPORT KERETA ( Seperti yang dikhabarkan oleh Dr Kamar Shah)

 

 

Aku telah pi jumpa kastam di Ipoh--- mengikut perkeliling terbaru, duty

kereta aku ialah RM 35 000 (termasuk duty import, freight charge, insuran dan

ada satu lagi RM 4000.00). Dia ada jadual perkiraan tersendiri, di mana

sebarang defects atau kecacatan kereta tidak lagi boleh digunakan lagi

sebagai alasan untuk mengurangkan lagi cukai budibicara tak boleh digunakan

lagi).

 

Contoh Cara Mengira Cukai:

  • Model 230E

  • Tahun buat 1990

  • Tahun import 2000

  • Usia 10

  • Harga Mercedes 230E pada tahun 1990 ialah : DM40, 800

 

Susut nilai adalah 10% bagi tiap tahun

Bagi kereta berusia 60 - 72 bulan (5-6 tahun)

susut nilai maksimum ialah 70% (M).

Bagi tahun-tahun yang berikutnya tolak 10% bagi setiap tahun diatas baki yang

diperlehi daripada pengiraan diatas (baki M) menjadi (K), iaitu harga selepas

tolak susut nilai

 

Harga dalam ringgit (L) = (K) x nilai tukaran semasa ke ringgit (kadar

sekarang ialah 1.6)

Duty import (DI) - RM (dgn kadar cukai 200%)= (L) x 2

Freight charges (FR) (10%) = ((DI) + (L)) x 10% =

Insuran (In)= (DI + L) x 1%

Jumlah duty dan lain-lain perlu bayar ialah = (DI) + FR + In

 

Mengikut perkeliling baru kerosakan dan kecacatan kereta tak boleh digunakan

untuk mengurangkan cukai. Aksesori tak tahu pula - kereta Riduan Merc

200 (tak ada E) tahun 1988 kena cukai RM 22 000 (kadar cukai 180%)

Harga Mercedez 200E sekitar DM 39,000 ikut tahun

190E sekitar DM 33 000

200 sekitar DM 35 000

 

Dan sedialah wang untuk bayar (wassalam)

 

Borang AP

Self carbon copy harga 70 sen satu, ada tiga salinan, mesti ditaip, tak boleh

guna liquid paper untuk baiki atau pemadam lain.

 


Syarat-Syarat Jabatan Kastam dan Eksais »

 


Sila laporkan sebarang  masalah yang dihadapi ketika melayari laman ini kepada webmaster.

Best viewed with Internet Explorer 4.0 or higher

© B'risi 2001