Panduan Mencari Rumah (bhg. 2)

Ada 2 cara mencari rumah

1. Menggunakan khidmat ejen hartanah (real estate agent)

2. Berhubung terus dengan tuan rumah


Ejen Hartanah (Real Estate Agents)
Mencari rumah melalui khidmat ejen adalah cara yang paling mudah. Setiap suburb biasanya mempunyai beberapa ejen. Anda hanyalah perlu mengunjungi pejabat-pejabat hartanah ini. Biasanya senarai unit/rumah yang boleh disewa akan dicetak dan diletakkan di ruang depan pejabat. Senarai ini adalah percuma.

Perhatikan senarai ini dan sekiranya ada unit/rumah yang memenuhi keperluan anda, minta kebenaran dari ejen untuk memeriksa unit tersebut. Anda akan diberi kunci dengan meninggalkan cagaran kunci (biasanya $50). Ejen akan mengambil  butir-butir peribadi anda (biasanya dari paspot atau lesen memandu). Anda akan diberi masa selama 1 jam untuk memeriksa dan memulangkan kunci tersebut. Wang cagaran akan dikembalikan.

Antara ejen-ejen rumah yang terdapat di Brisbane ialah Ray White, PRD Rental, The Professionals, LJ Hooker, Century 21, Conias dan Rental Hotline. Kunjungi laman-laman web mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Anda juga boleh mengunjungi laman Australian Property Access untuk melihat senarai ejen-ejen hartanah yang lebih komprehensif.

Tuan Rumah
Untuk mencari rumah dengan berhubung dengan tuan rumah, anda perlu melihat iklan-iklan di dalam suratkhabar tempatan. Unit atau rumah yang akan disewa akan diletakkan di dalam ruangan Classified- Accommodations. Di Brisbane, suratkhabar Courier Mail akan memuatkan banyak unit/rumah sewa pada hari Sabtu. Sekiranya ada unit/rumah yang memenuhi keperluan anda, hubungi tuan rumah. Tuan rumah akan mengadakan temujanji untuk memeriksa unit/rumah tersebut.


Prosedur Menyewa Rumah
Setelah menjumpai unit/rumah yang berkenan dihati, prosedur nya adalah seperti berikut.

1. Isi borang permohonan (application form). Sila lihat syarat-syarat di bawah. Permohonan ini biasanya mengambil masa 1-2 hari untuk diproses.
2. Sekiranya permohonan anda berjaya. Anda perlu mengisi borang lease. Lease adalah sewa hartanah dalam jangkamasa tertentu. Anda perlu membayar:

a) Rental bond (Cagaran sewa) sebanyak 4 minggu sewa rumah. Bond ini akan disimpan oleh pihak berkuasa. Ia akan dipulangkan kepada anda setelah anda keluar dari rumah sewaan. Sekiranya anda didapati melakukan kerosakan pada rumah/unit tersebut sebahagian/keseluruhan wang itu akan diambil untuk memperbaiki kerosakan itu.
b) Membayar sewa 2 minggu pertama.

3. Anda akan diberi kunci rumah dan borang pemeriksaan kecacatan rumah. Adalah amat penting anda memeriksa rumah tersebut dan mencatat sebarang kerosakan yang sediada semasa anda memasuki rumah. Catatkan apa-apa saja yang dianggap tidak kena walaupun nampak kecil dan insignificant. Borang ini akan di countersign oleh ejen rumah.

Syarat-syarat menyewa rumah

1. Mempunyai bukti sumber kewangan yang cukup. Samada:-
a) Mengemukakan salinan bank statement
b) Sekiranya anda pelajar tajaan, kemukakan surat penaja yang menyatakan jumlah tajaan sepanjang pengajian.
c) Sekiranya anda bekerja, kemukakan salinan gaji.
2. Mempunyai referee (biasanya dua orang) yang mengenali anda. Biasanya rakan-rakan yang sudah tinggal lama di Brisbane. Isikan nama penuh, alamat dan telefon referee tersebut.


Klik di sini untuk ke Panduan Mencari Rumah Bahagian 1 »


Sila laporkan sebarang  masalah yang dihadapi ketika melayari laman ini kepada webmaster.

Best viewed with Internet Explorer 4.0 or higher

© B'risi 2001