Make your own free website on Tripod.com

 

 

 

 

Menjadikan Orang Kafir Sebagai Teman

Allah swt berfirman; 

"(Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman." (Surah an-Nisa': 139)

Orang-orang munafik akan menjadikan orang-orang kafir teman rapat mereka yang diberi kesetiaan dan kepercayaan kepadanya. apa lagi jika melantik orang kafir sebagai pemimpin, itu sudah melebihi had yang diizinkan Allah.

Antara lainnya memberi kepercayaan kepada orang bukan Islam menguruskan urusan agama dan hal ehwal orang Islam. Oleh itu disebut di dalam hadis, dalam satu peperangan, apabila seorang kafir datang menemui Rasulullah s.a.w. dan menyatakan dia mahu bergabung dengan orang Islam serta mahu bersama-sama mereka berperang untuk melahirkan rasa simpatinya kepada golongan mustadhafin, baginda menolak pelawaan orang kafir berkenaan sambil berkata: "Aku tidak meminta pertolongan dari orang musyrik." Lalu orang kafir tersebut mengundurkan diri.

Selepas itu orang bukan Islam terbabit datang lagi dan menyatakan kesediaannya menolong tentera Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. Rasulullah sekali menolak pelawaannya dan memintanya pergi sehingga akhirnya dia datang sebagai orang Islam barulah diterima sebagai tentera Islam.

Berdasarkan kepada hadis ini, para ulama' mengharamkan orang Islam meminta pertolongan orang bukan Islam di dalam jihad dan beberapa tindakan lain kecuali di dalam perkara tahaluf atau kerjasama sebagai suatu taktik untuk melumpuhkan kekuatan musuh atau untuk tidak meramaikan musuh.

Di mana tahaluf diizinkan oleh syarak. Bertahaluf berdasarkan peristiwa Rasulullah s.a.w. bertahaluf dengan Bani Khuza'ah dan golongan Yahudi Madinah. Ia bermaksud mengadakan perjanjian tetapi tidak boleh diberi kepercayaan kepada orang kafir sekali-kali.

Apa yang dilakukan itu hanyalah sebagai helah dan sebahagian ulama membenarkannya ketika orang Islam dalam keadaan lemah sebagaimana dinyatakan oleh Mazhab Syafie. Sebaliknya orang munafiq memberi kepercayaan kepada orang kafir sepenuh masa, tidak memberi kepercayaan kepada golongan beriman.

Allah menyoal mereka dengan firman-Nya yang bemaksud:

"Adakah mereka (orang-orang munafiq) mahu mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang kafir itu kerana sesungguhnya kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah." (Surah an-Nisa': 138)

Ini kerana orang munafik menyangka bahawa jika tidak bermuafakat dengan orang bukan Islam, orang Islam tidak akan memperolehi kekuatan, kemajuan dan kemenangan pada hal kemuliaan dan kekuatan itu semuanya milik Allah SWT.

Disebut di dalam hadis, orang Islam tidak dikalahkan kalau jumlah mereka 12,000 orang. Jika menerima kekalahan pun disebabkan oleh kesilapan yang berlaku di kalangan golongan Islam termasuk maksiat dan seumpamanya.

Jika sekiranya semuanya betul dan dalam keadaan baik, jumlah 12,000 tidak boleh dikalahkan oleh musuh walaupun jumlah orang kafir berlipat kali ganda lebih dari orang Islam.

Ini terbukti dalam sejarah jihad Islam di mana golongan beriman berjumlah hanya puluhan ribu sahaja berjaya mengalahkan tentera musuh berjumlah ratusan ribu. Kadangkala seorang mukmin boleh mengalahkan 70 orang tentera musuh atau membinasakan 100 orang musuh mereka dan ada kalanya berjaya mengatasi 1,000 orang musuh.

Apabila Sayidina Umar Ibnul Khattab r.a. telah dihantar surat oleh Amru Ibnul 'As yang menyerang negeri Mesir dimana beliau meminta tambahan 2,000 bala tentera.Sayidina Umar hanya menghantar dua orang sahabat sahaja kerana dia menyifatkan dua sahabat itu seperti tentera Islam berjumlah 2,000 orang.

 

 

 


Sila laporkan sebarang  masalah yang dihadapi ketika melayari laman ini kepada webmaster.

Best viewed with Internet Explorer 4.0 or higher

B'risi 2001