Membawa Barangan Pulang

 

Setelah tamat pengajian, salah satu perkara yang memeningkan kepala ialah menguruskan barang-barang untuk dibawa pulang.
Di bawah ini di senaraikan cara-cara yang biasa dilakukan.

By sea or by air?
Kebanyakan syarikat pengangkutan (freight companies) menggunakan formula berikut;

1. Melalui jalan laut barangan dikira dengan sukatan 'by volume'
2. Melalui jalan udara barangan dikira dengan sukatan 'by weight'

Oleh itu sekiranya saudara mempunyai barang-barang dalam kotak besar tapi tidak begitu berat, hantarlah dengan kapal terbang, manakala kalau ada barangan berat tapi saiznya kecil, hantarlah dengan kapal laut. Ini adalah general rule sahaja. Ada sesetengah syarikat pengangkutan menggunakan kedua-dua sukatan dan mengambil mana yang lebih mahal. 

Kadar bayaran
Pada akhir 2001 kadar bayaran cargo adalah lebih kurang berikut
1. Dengan kapal laut $350.00 per cubic metre
2. Dengan kapal terbang $1.90 per kg

Terdapat caj-caj lain seperti collection, tax dan sebagainya yang mungkin biasanya berjumlah tidak lebih $150.00.
Untuk memudahkan kerja dan dengan sedikit bayaran extra (lebih kurang $50), barang-barang boleh dicollect di rumah.
Untuk pelajar-pelajar ada discount. Jadi jangan lupa meminta diskaun tersebut. Anda cuma perlu tunjukkan kad pelajar.

Bersambung di keluaran akan datang......

 

 


Sila laporkan sebarang  masalah yang dihadapi ketika melayari laman ini kepada webmaster.

Best viewed with Internet Explorer 4.0 or higher

© B'risi 2001