Make your own free website on Tripod.com
 

DAGING MASAK MERAH (Dod 6.0)

 Bahan-bahan 

  • 300g daging

  • 2 biji bawang besar dipotong bulat (onion ring)

  • 3 ulas bawang putih ditumbuk (atau blend)

  • 125g sos tomato

  • 4 sudu besar cili kering dikisar (blended))

  • Sedikit kicap cair

  • Sedikit air

  • Garam secukup rasa

  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan

 

1.       Rebus daging sehingga empuk

2.       Potong daging + sebesar 5sm

3.       Tumiskan bawang putih sehingga naik baunya

4.       Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak

5.       Masukkan sos tomato dan daging bersama sedikit air

6.       Masukkan garam dan kicap cair

7.       Masak sehingga kuah agak kering

8.       Masukkan bawang besar sebagai hiasan

9.       Kacau seketika dan angkat