Panduan Cukai

 

 

Soal jawab panduan cukai ini saya petik dari laman web Jabatan Kastam dan Eksais Di raja Malaysia. Ia memberi maklumat penting mengenai prosedur membawa masuk barang-barang bercukai dari luar negara.

 

Untuk melihat dokumen asal sila lawati http://www.customs.gov.my dan susuri link FAQ.

 

Jika anda mempunyai kemusykilan mengenai prosedur kastam dan cukai impot, anda boleh menulis kepada JK&E di e-mail;

kastam@hq.rced.gov.my

 


1. Saya menulis bagi pihak pelajar-pelajar Malaysia di luar negeri. Kami telah berada di luar negeri hampir 4 tahun dan akan menamatkan pengajian tidak lama lagi. Kami ingin bertanya adakah barangan persendirian kami seperti buku-buku, pakaian, dan sebagainya akan dikenakan cukai apabila dihantar balik ke Malaysia?

Barangan anda boleh dipenjeniskan di bawah kod tarif no. 9800.00 400 sebagai "barangan persendirian terpakai (used personal effects)" di bawah Perintah Duti Kastam Malaysia 1996. Barangan yang dipenjeniskan di bawah kod tarif tersebut tidak dikenakan duti import dan cukai jualan. Bagaimanapun ungkapan "barangan persendirian terpakai" hanya meliputi barangan bimbit yang menepati syarat-syarat berikut:

Dengan kata lain pakaian, buku-buku dan lain-lain barangan peribadi yang telah digunakan di luar negeri boleh dipenjeniskan di bawah kod tarif di atas. 

2. Saya ialah warganegara Malaysia yang kini sedang bekerja/ belajar di luar negeri. Saya bercadang untuk membawa balik kereta yang telah saya beli di sana ke Malaysia selepas kontrak pekerjaan/ pengajian saya tamat. Bolehkah tuan beritahu prosedur membawa balik kereta tersebut dan berapakah cukai kastam yang akan dikenakan?

Kereta import (sama ada baru atau terpakai) dikenakan duti import dan cukai jualan di bawah Perintah Duti Kastam Malaysia 1996 dan nilai duti tersebut dikira berdasarkan nilai transaksi. Berikut adalah kadar duti yang dikenakan atas kereta (menggunakan petroleum) yang diimport:

Kapasiti Duti Import Cukai Jualan
Tidak melebihi 1,000 cc 140% 10%
Melebihi 1,000 cc tetapi tidak melebihi 1,500 cc 140% 10%
Melebihi 1,500 cc tetapi tidak melebihi 1,800 cc 140% 10%
Melebihi 1,800 cc tetapi tidak melebihi 2,000 cc 170% 10%
Melebihi 2,000 cc tetapi tidak melebihi 2,500 cc 200% 10%
Melebihi 2,500 cc tetapi tidak melebihi 3,000 cc 250% 10%
Melebihi 3,000 cc 300% 10%

Selain itu, pengimportan kereta memerlukan permit import yang perlu dimohon daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) sebelum pengimportan dibuat di mana beberapa syarat dikenakan.

Berkuatkuasa mulai dari 18 September 2000, kriteria yang diperlukan bagi mendapat pertimbangan lesen import (AP) untuk membawa masuk kenderaan persendirian untuk rakyat Malaysia yang bekerja atau belajar diluar negara adalah seperti berikut:-

Anda boleh memohon permit dengan melengkapkan borang J.K. 69. Borang tersebut boleh dibeli daripada kedai buku utama atau Percetakan Nasional Malaysia Berhad*, Kuala Lumpur atau mana-mana cawangannya. Borang permohonan yang telah lengkap diisi bersama dengan dokumen-dokumen sokongan berkaitan (salinan asal dan fotokopi) seperti Pasport Antarabangsa, Kad Pendaftaran Kenderaan, Polisi Insuran, dokumen eksport, dan sebagainya mesti diserahkan dengan tangan kepada pihak MITI.

Untuk maklumat lanjut berhubung permohonan di atas, sila hubungi:-

Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI),
Tingkat Bawah, Blok 10,
Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan,
Jalan Duta, 50622 Kuala Lumpur

Tel : 603-651-6022 / 603-651-0033 / 603-651-8044
Fax : 603-651-3012
Website: http://www.miti.gov.my/

3. Setelah beberapa tahun tinggal di luar negeri, kami akan kembali untuk menetap di Malaysia. Kami bercadang untuk membawa balik barangan rumah sekali. Apakah syarat dan cukai yang dikenakan atas barangan rumah seperti perabut, pinggan mangkuk, barangan elektrik, pakaian, buku-buku dan sebagainya yang dibawa balik itu?

Barangan seperti di atas boleh dipenjeniskan di bawah kod tarif no. 9800.00 500 sebagai "barangan rumah terpakai (used household effects)" dan barangan tersebut tidak dikenakan apa-apa duti kastam di bawah Perintah Duti Kastam Malaysia 1996. Bagaimanapun ungkapan "barangan rumah terpakai" hanya meliputi barangan terpakai yang dipunyai atau dimiliki oleh pengimport yang memenuhi syarat-syarat berikut:

4. Adakah Tarif Duti Kastam Malaysia boleh diperolehi dalam bentuk ‘elektronik’ dan jika ada, di manakah boleh saya mendapatkannya?

Tuan boleh melayari Pengkalan Tarif Duti Kastam Malaysia melalui Pengkalan Tarif APEC di http://www.apectariff.org/ untuk mencari maklumat berhubung dengan tarif seperti kod tarif yang mungkin dan kadar duti terlibat bagi sesuatu barangan itu.

contoh mengira cukai AP »

 


Sila laporkan sebarang  masalah yang dihadapi ketika melayari laman ini kepada webmaster.

Best viewed with Internet Explorer 4.0 or higher

© B'risi 2001