Nasi daging (Dod 6.0)

Bahan-bahan:

  • Daging - 1 kg

  • Beras - 1 kg

  • *Bawang merah 7-8 ulas Note: (kalau tak de bawang merah...pakai je bawang besar)

  • *Bawang besar 1 biji

  • *Bawang putih - 4-5 ulas

  • *Halia - 2 cm

  • Tomato Puree - 1 tin kecil

  • Tomato Soup - 1 tin sederhana

  • Evaporated milk - 1/2 tin

  • Buah pelaga - 4-5 biji

  • Bunga Lawang - 3-4 kuntum

  • Bunga cengkih - 5-6 kuntum

  • Kulit Kayu Manis - 1 batang (dipatah dua)

  • Minyak or Mentega utk menumis

* dikisar halus

 

Cara-cara membuatnya:

  • Rebus daging sehingga empuk.

  • Kemudian asingkan air daging dan daging.

  • Panaskan minyak dan mentega dlm periuk (periuk nasi elektrik pun boleh).

  • Masukkan bahan yg dikisar tadi diikuti dengan bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga.

  • Tumis menggunakan api sederhana sehingga naik bau.

  • Seterusnya masukkan tomato puri dan tomato soup dan sedikit garam.

  • Didihkan bahan tadi sehingga pecah minyak sambil mengacau supaya tidak berkerak.

  • Kemudian masukkan air daging tadi mengikut sukatan sekilo beras.

  • Air daging berlebihan akan digunakan utk membuat kuahnya nanti.

  • Biar sehingga mendidih.

  • Kemudian masukan beras.Kacau sedikit.

  • Biar 5 minit dengan api sederhana.

  • Kemudian masukkan susu cair dan kacau sehingga sebati.

  • Kemudian biar nasi masak macam biasa. Siap...

  • Nota : Susu cair juga boleh dimasukkan semasa masukkan air daging.

 


Kuah Nasi Daging.

 

Bahan-bahan :

  • Kicap manis - 1/2 cawan

  • Chili Sauce - 1/2 cawan

  • Ground cumin seed - 3 sudu kecil

  • Bawang putih - 1 ulas

  • Bawang merah - 2 ulas

  • Sedikit garam

  • Air daging

 

Cara-cara menbuatnya:

  • Panaskan minyak dan masukkan bawang putih dan bawang merah.

  • Tumis sehingga kuning.

  • Masukkan cumin seed dan panaskan 1 minit.

  • Masukkan daging, air daging, kicap


Resipi Sumbangan Saudara Syed Fuad.

Email: syed_fuad@yahoo.com