Make your own free website on Tripod.com
 

NASI TOMATO (Dod 6.0)

 

Bahan-bahan 

  • 750g beras

  • 750ml air

  • 250g sup tomato

  • 4 biji bawang merah dipotong halus (atau sebiji bawang besar)

  • 3 sudu besar minyak sapi

  • 2sm halia (besar ibu jarilah lebih kurang) - dipotong halus

  • 1 helai daun pandan

  • Sedikit kismis (dried sultanas)

  • Garam secukup rasa

 

Cara penyediaan 

1.       Panaskan minyak sapi

2.       Tumiskan bawang dan halia sehingga naik baunya

3.       Masukkan sup tomato dan garam

4.       Masukkan beras yang telah dibasuh, air secukupnya dan daun pandan

5.       Apabila nasi masak masukkan kismis