Berita dan Kegiatan sepanjang bulan Ogos 2001
Seniors Vs Juniors

Suatu perlawanan bola di antara pelajar-pelajar senior (samada sudah berkahwin atau hampir nak kahwin) dengan juniors (yang muda trang tang tang) telah dilangsungkan pada 18 Ogos.

Perlawanan berkesudahan dengan Seniors menang 4-3...walaupun dah tua-tua belaka masih bertenaga.

Di akhir perlawanan, suatu majlis perpisahan ringkas telah diadakan sebagai meraikan anggota Righteous Brothers Willem yang akan pulang ke Holland.

Selain dari itu pasukan Righteous Brothers juga telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan West End Riots yang berkesudahan dengan kekalahan 1-3.

Majlis Do'a Selamat

Suatu majlis do'a selamat telah diadakan pada 25 Ogos untuk mendo'akan anak Abang Syarif (Rabi'atul Adawayiah) yang akan menjalani pembedahan tulang belakang  pada 30 Ogos.

Majlis juga diadakan untuk meraikan Saudara Abdul Hamid Ahmad dan isteri beliau Puan Lili yang dijangka pulang ke Malaysia pada 1 September 2001.

Saudara Abdul Hamid telah menamatkan kursus PhD di dalam bidang Zoology.

Majlis juga mengucapkan selamat dan tahniah kepada Saudara Syed Fuad al-Qadri yang akan pulang pada 26 Ogos untuk melangsungkan perkahwinan.

Kita mendo'akan kesemuanya selamat.

Pelajar Baru

Kita mengucapkan selamat datang kepada beberapa orang pelajar baru ke Brisbane.

1. Saudari Norzalina dari UUM bersama suami Saudara Shakir

Kelahiran Cahayamata

B'risi mengucapkan tahniah kepada Saudara Sabri sekeluarga yang telah dikurniakan cahayamata baru-baru ini.

 

Konvokesyen

Majlis konvokesyen UQ telah diadakan pada 24 Ogos 2001.

Di antara pelajar-pelajar telah tamat pengajian pada Semester 1 2001 dan mendapat ijazah pada malam  tersebut ialah:

1. Saudara Effi
2. Saudara Wira
3. Saudara Syed Ahmad
4. Saudara Faizal
5. Saudara Wawan
6. Saudara Fauzan

Tahniah diucapkan pada mereka dan pada semua yang berjaya.

Hari Merdeka

Suatu sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 44 akan diadakan selepas sembahyang Jumaat pada 31 Ogos 2001

Acara berbentuk BBQ itu dimulai dengan nyanyian lagu Negaraku dan ikrar.

1. B'risi adalah singkatan BERISI, yang bermakna bernas iaitu mempunyai kandungan yang berunsur positif.

 

2. B'risi juga adalah olahan dari kata Brissie, iaitu suatu colloquial yang bermakna orang-orang yang tinggal di Brisbane.

 

3. B dan R ialah singkatan untuk bunga raya iaitu bunga kebangsaan Malaysia yang juga boleh dijumpai dengan mudah di Brisbane. Ia diwarnakan merah iaitu warna utama bunga raya.

 

4. Isi diwarnakan hijau kerana matlamat kami ialah untuk mengisi laman ini  dengan dengan bahan-bahan yang bernilai Islamik.

 

Ingin Membantu?

 

Dalam usaha untuk memperbaiki laman ini, sesiapa yang berminat di dalam web-design bolehlah menghubungi B'risi

 

Apa kerjanya?

1. Selenggara laman

2. Mungkin terjemah untuk B'risi English Version

3. Cari bahan dsbnya.

 

Apa yang dapat?

1. Pahala...Insya Allah

2. Pengalaman reka website

3. Fun.....

 

Kelayakan?

1. Minat internet dan web

2. Ada masa lapang

 

 

Kalau ada maklumat mengenai sale kat Myers ka, Corning Ware ke atau mana-mana warehouse, jangan lupa beritahu kita untuk dimuatkan didalam laman ini..

Photo Processing

Anda boleh kunjungi Extrafilm di www.extrafilm.com.au

 


Sila laporkan sebarang  masalah yang dihadapi ketika melayari laman ini kepada webmaster.

Best viewed with Internet Explorer 4.0 or higher

© B'risi 2001