Make your own free website on Tripod.com
 

  

MASAK AIR (DoD 1.0)

Bahan-bahan 
1. Cerek atau Periuk
2. Air Paip

Cara Memasak
1. Ambil cerek atau periuk
2. Pasang api dapur
3. Letakkan bekas berisi air atas dapur
4. Panaskan sampai suhu air 100°C (sampai mendidihlah...)
5. Padamkan api dan angkat air

Cara Menghidang
1. Tunggu sampai air sejuk sikit baru minum.
2. Kalau nak sedap campur kopi/teh dan gula secukup rasa.


MASAK NASI (DoD 1.5)

Bahan-bahan
1. Beras
2. Air

Cara Masak
1. Ambil Periuk Nasi Otomatik
2. Masukkan beras (misalnya 2 cawan)
3. Basuh beras (kalau malas tak payah basuh)
4. Masukkan air sehingga paras air 2 kali lebih tinggi dari beras
5. Tekan butang periuk dan pegi kemas rumah
6. Nasi masak apabila butang off secara otomatik

Cara Menghidang
1. Masukkan dalam pinggan dan makan
2. Kalau nak sedap masukkan garam sikit
3. Kalau nak lagi sedap, makan dengan lauk dan sayur


REBUS TELUR (DoD 1.5)

Cara Masak
1. Ambil telur ayam 2-3 biji (telur lain orang jarang rebus....)
2. Ambil periuk dan masukkan air paip
3. Masukkan telur dalam periuk berisi air itu dan pastikan air menenggelami telur
4. Letak atas dapur ( jangan lupa pasang api dapur)
5. Biarkan air mendidih selama 10 minit
   Untuk telur separuh masak, biarkan air mendidih selama 5 minit
6.Tutup api dapur

Cara Menghidang
1. Kopekkan kulit telur dan makan...kalau nak crunchy makan sekali dengan kulitnya
2. Kalau nak sedap campurkan kicap atau garam
3. Kalau nak lagi sedap makan dengan nasi dan sayur