naik komuter

Keretapi komuter adalah antara pengangkutan yang paling mudah di Brisbane. Sebagaimana perkhidmatan bas, sistem komuter adalah efisien, menepati masa dan selesa. Untuk penuntut-penuntut UQ dan QUT misalnya, keretapi komuter adalah cara yang mudah untuk ke universiti dan ke pusat bandar.


Universiti Queensland
Stesen terdekat adalah Toowong (iaitu di bawah kompleks membeli-belah Toowong Village). Setelah turun di situ, anda perlu menaiki bas 411 dan 412 ke universiti. Perhentian bas terletak kira-kira 50m dari stesen komuter, dan universiti adalah kira-kira 3km dari sini.

QUT
Stesen terdekat adalah Central (pusat bandar). Setelah turun di situ, anda perlu berjalan kaki sejauh kira-kira 400m ke universiti. QUT terletak di tengah pusat bandar iaitu bersebelahan Botanic Gardens di tebing sungai Brisbane.


Fare
Type
Single

Return

Off-Peak
Return
Weekend Farebuster Return Weekly One
Monthly
Three
Monthly
Six
Monthly
Twelve
Monthly
Adult $1.80 $3.60 $2.60 $1.80 $14.10 $56.40 $154.90 $295.70 $563.20
Child $0.90 $1.80 n/a $0.90 $7.10 $28.20 $77.50 $147.90 $281.60
Student $0.90 $1.80 n/a $0.90 $7.10 $28.20 $77.50 $147.90 $281.60
Pensioner $0.90 $1.80 n/a $0.90 $7.10 $28.20 $77.50 $147.90 $281.60
School $0.70 $1.30 n/a $0.90 $4.80 $18.90 # # #
 

Tambang Keretapi
Kadar tambang keretapi adalah mengikut jarak perjalanan. Jadual di atas adalah contoh tambang dari pusat bandar ke Toowong. 

Laluan
Rajah di sebelah menunjukkan laluan komuter di zon South West yang melalui stesen Toowong.

Maklumat lengkap mengenai sistem bas dan keretapi komuter termasuk jadual dan laluan bas sekitar Brisbane boleh di dapati di laman web Brisbane Transport www.transinfo.qld.gov.au.




Sila laporkan sebarang  masalah yang dihadapi ketika melayari laman ini kepada webmaster.

Best viewed with Internet Explorer 4.0 or higher

© B'risi 2001