Seniors
Vs Juniors
Suatu perlawanan bola di antara
pelajar-pelajar senior (samada sudah berkahwin atau hampir nak
kahwin) dengan juniors (yang muda trang tang tang) telah dilangsungkan pada 18 Ogos.
Perlawanan berkesudahan dengan
Seniors menang 4-3...walaupun dah tua-tua belaka masih bertenaga.
Di akhir perlawanan, suatu majlis
perpisahan ringkas telah diadakan sebagai meraikan anggota Righteous
Brothers Willem yang akan pulang ke Holland.
Selain
dari itu pasukan Righteous Brothers juga telah mengadakan perlawanan
persahabatan dengan West End Riots yang berkesudahan dengan
kekalahan 1-3. |
Majlis
Do'a Selamat
Suatu majlis do'a selamat telah
diadakan pada 25 Ogos untuk mendo'akan anak Abang Syarif (Rabi'atul
Adawayiah) yang akan menjalani pembedahan tulang belakang pada
30 Ogos.
Majlis juga diadakan untuk
meraikan Saudara Abdul Hamid Ahmad dan isteri beliau Puan Lili yang
dijangka pulang ke Malaysia pada 1 September 2001.
Saudara Abdul Hamid telah
menamatkan kursus PhD di dalam bidang Zoology.
Majlis juga mengucapkan selamat dan
tahniah kepada Saudara Syed Fuad al-Qadri yang akan pulang pada 26
Ogos untuk melangsungkan perkahwinan. Kita
mendo'akan kesemuanya selamat. |
Pelajar
Baru
Kita mengucapkan selamat datang
kepada beberapa orang pelajar baru ke Brisbane.
1. Saudari Norzalina dari UUM
bersama suami Saudara Shakir
Kelahiran
Cahayamata
B'risi mengucapkan tahniah kepada
Saudara Sabri sekeluarga yang telah dikurniakan cahayamata baru-baru
ini.
|
Konvokesyen
Majlis konvokesyen UQ telah
diadakan pada 24 Ogos 2001.
Di antara pelajar-pelajar telah
tamat pengajian pada Semester 1 2001 dan
mendapat ijazah pada malam tersebut ialah:
1. Saudara Effi 2. Saudara Wira 3.
Saudara Syed Ahmad 4. Saudara Faizal 5. Saudara Wawan 6. Saudara
Fauzan
Tahniah diucapkan pada mereka dan
pada semua yang berjaya. |
Hari Merdeka
Suatu sambutan Hari Kemerdekaan
Malaysia yang ke 44 akan diadakan selepas sembahyang Jumaat pada 31 Ogos 2001
Acara berbentuk BBQ itu dimulai
dengan nyanyian lagu Negaraku dan ikrar. |
|