Brisbane
Keluasan - 1,220
km persegi
Penduduk - 1,600,000 (1999)
Iklim - Sub-tropika#
(lihat
nota)
Suhu musim panas (December-Februari)
Max 30°C/Min 20°C (Purata 25°C)
Suhu musim sejuk (Jun-Ogos)
Max 20°C/Min 10°C (Purata 15°C)

ada lagi.......
|
*
A Big Country
Queensland adalah negeri yang kedua terbesar di
Australia selepas Western Australia. Ia meliputi hampir 25% daripada keluasan benua Australia.
Queensland adalah 13
kali lebih luas jika dibandingkan dengan Semenanjung Malaysia yang luasnya hanya
131, 598 kilometer persegi. Jarak pantainya dari Gold Coast
di sempadan New South Wales di selatan ke Cape York di utara Queensland adalah
lebih 2800 km berbanding dengan 850 km dari Johor Bahru ke Bukit Kayu Hitam di
sempadan Malaysia- Thailand. |
#
Cuaca Brisbane
Keadaan cuaca harian di Brisbane
bolehlah diringkaskan seperti berikut. Atmosferanya kering kerana kadar
kelembapan udara yang rendah. Kulit menjadi kering kerana tidak berpeluh.
Oleh itu secara umumnya, siangnya terang benderang dan langitnya biru kerana tiada
awan. Queensland diberi gelaran The Sunshine State
kerana mempunyai kadar hari tidak berhujan yang paling tinggi di Australia
iaitu lebih 85% setahun.
Hujan pun tidaklah lebat.
Jarang sekali terjadi
hujan ribut, petir atau guruh
|