|
Membawa Barangan Pulang
Setelah tamat pengajian, salah satu perkara
yang memeningkan kepala ialah menguruskan barang-barang untuk dibawa pulang.
Di bawah ini di senaraikan cara-cara yang biasa dilakukan.
By sea or by air?
Kebanyakan syarikat pengangkutan (freight companies) menggunakan formula berikut;
1. Melalui jalan laut barangan dikira dengan sukatan 'by volume'
2. Melalui jalan udara barangan dikira dengan sukatan 'by weight'
Oleh itu sekiranya saudara mempunyai barang-barang dalam kotak besar tapi tidak
begitu berat, hantarlah dengan kapal terbang, manakala kalau ada barangan berat
tapi saiznya kecil, hantarlah dengan kapal laut. Ini adalah general rule sahaja.
Ada sesetengah syarikat pengangkutan menggunakan kedua-dua sukatan dan mengambil
mana yang lebih mahal.
Kadar bayaran
Pada akhir 2001 kadar bayaran cargo adalah lebih kurang berikut
1. Dengan kapal laut $350.00 per cubic metre
2. Dengan kapal terbang $1.90 per kg
Terdapat caj-caj lain seperti collection, tax dan sebagainya yang mungkin
biasanya berjumlah tidak lebih $150.00.
Untuk memudahkan kerja dan dengan sedikit bayaran extra (lebih kurang $50),
barang-barang boleh dicollect di rumah.
Untuk pelajar-pelajar ada discount. Jadi jangan
lupa meminta diskaun tersebut. Anda cuma perlu tunjukkan kad pelajar.
Bersambung di keluaran akan datang......
Sila laporkan sebarang masalah yang dihadapi ketika melayari laman ini kepada webmaster.
Best viewed with Internet Explorer 4.0 or higher
© B'risi 2001