Objektif 1) Mewujudkan suatu saluran komunikasi di antara pelajar-pelajar Islam Malaysia melalui internet 2) Menjalin dan mengeratkan silaturrahim di antara pelajar 3) Menjaga hal-ehwal kebajikan pelajar. Kandungan mailing yang dibenarkan 1) Diskusi ilmiah dan akademik 2) Hal ehwal kebajikan, seperti mencari dan berpindah rumah, mengangkat barang 3) Memaklumkan mengenai aktiviti sosial seperti bersukan, kenduri dan majlis agama. 4) Lain-lain maklumat umum yang boleh dikongsi bersama...contohnya bahan-bahan dari buku, media massa dan internet, resipi masakan dsbnya.
Kandungan mailing yang tidak dibenarkan 1. Sebarang bahan yang bertentangan dengan nilai Islam termasuklah;
2. Sebarang khabar angin yang tidak bersumber 3. Virus dan surat berantai. |
Netiquette adalah tatacara berinteraksi melalui internet. Ia adalah suatu garispanduan supaya komunikasi melalui e-mail, mailing list atau chatgroup lebih teratur dan bersopan.
Dengan mengamalkan netiquette, ia juga dapat mengelakan ruang e-mail dari menjadi medan debat yang tidak berfaedah, penuh sindiran dan kata-kata yang tidak enak didengar yang kebanyakannya berpunca dari salah faham akan maksud mesej yang dihantar.
Ini ialah kerana apabila kita bertutur melalui email, kita tidak dapat melihat raut muka orang yang menyampaikan mesej. Kadang- kadang apa yang dimaksudkan sebagai jenaka disalahertikan sebagai sindiran, dan apa yang dimaksudkan sebagai informasi ditafsirkan sebagai menunjuk pandai.
Di bawah adalah beberapa netiquette yang boleh dijadikan panduan (maaf tidak di translate..)
|
|
Sila laporkan sebarang masalah yang dihadapi ketika melayari laman ini kepada webmaster.
Best viewed with Internet Explorer 4.0 or higher
© B'risi 2001