naik bas

  

Sistem bas di Brisbane adalah pengangkutan awam yang dikendalikan oleh Brisbane City Council (BCC). Sistemnya teratur, efisyen dan menepati masa. Jadual-jadual bas boleh didapati di Perpustakaan Awam (juga dikendalikan oleh BCC) yang terdapat di sekitar Brisbane dan agensi-agensi kerajaan tempatan yang lain.

Tambang Bas  

Tambang bas dikenakan kepada semua penumpang berumur 6 tahun ke atas. Kadar tambang adalah mengikut zon perjalanan. Kanak-kanak dan penuntut-penuntut sesetengah pusat pengajian mendapat konsesi 50%. 

Sebagai contohnya; Jarak perjalanan dari Pusat Bandar ke University of Queensland  2 Zon (lebih kurang 6km). Bayaran tambang untuk penuntut UQ adalah $1.30.

Kadar terkini adalah seperti berikut;

Zone/Sector

Adult

Concession

1 Zone/Sector

$1.80

$0.90

2 Zones/Sectors $2.60 $1.30
3 Zones/Sectors $3.40 $1.70

All Zones/Sectors

$3.80 $1.90
Klik di sini untuk melihat Zon Perjalanan.

Selain daripada itu terdapat berbagai bentuk konsesi lain yang diberikan kepada penumpang-penumpang bas, misalnya konsesi hujung minggu, perjalanan satu hari, tiket bulanan dan sebagainya. 

Maklumat lengkap mengenai sistem bas dan keretapi komuter termasuk jadual dan laluan bas sekitar Brisbane boleh di dapati di laman web Brisbane Transport www.transinfo.qld.gov.au dan juga laman Brisbane City Council www.brisbane.qld.gov.au .

Keretapi Komuter »


Sila laporkan sebarang  masalah yang dihadapi ketika melayari laman ini kepada webmaster.

Best viewed with Internet Explorer 4.0 or higher

© B'risi 2001