Kebanyakan apartment tidak melebihi 3
tingkat dengan garaj di tingkat bawah.
|
Keperluan pertama setiap penuntut yang
datang ke luar negara adalah tempat tinggal. Proses mencari
rumah ini adalah yang paling banyak menimbulkan keresahan di kalangan
penuntut-penuntut di luar negara. Semoga
panduan ini dapat mengurangkan perasaan cemas dan resah tersebut.
|
|
|
Penuntut Universiti Queensland
Universiti
of Queensland terletak di St Lucia. Kebanyakan penuntut UQ tinggal di
dalam lingkungan 5km sekitar universiti, iaitu di St Lucia, Toowong,
Indooropilly dan Taringa. Penuntut UQ boleh ke universiti dengan berjalan kaki
ataupun menaiki bas. Ada juga yang tinggal di West End, kerana kadar sewa di
sini adalah lebih murah tetapi mereka harus menaiki feri Citycat untuk ke
universiti.
Penuntut Queensland University of Technology
(QUT)
QUT terletak di pusat bandar. Kebanyakan penuntut QUT tinggal di West End. Ada juga
yang tinggal di Highgate Hills, Hills End dan Wooloongabba. Penuntut QUT ke
universiti dengan menaiki bas.
Jenis-jenis Kediaman
Kebanyakan
penuntut tinggal di unit-unit apartment 2 bilik berkongsi dengan rakan-rakan.
Ada juga yang tinggal di rumah Queenslander, iaitu rumah papan yang rupanya
seperti rumah tradisional Melayu. Setiap unit mempunyai dapur masak (samada
letrik atau gas). Unit-unit ini adakalanya mempunyai perabut lengkap (dengan
katil, tilam, kusyen, dining set, peti ais, mesin basuh kain) atau separuh lengkap (
sekurang-kurangnya ada peti ais dan mesin basuh ) atau tidak berperabut
langsung.
|
|
Rumah bentuk Queenslander |
Lagi contoh apartment |
Kadar
Sewa
Sewa kediaman di Australia adalah dalam bentuk mingguan.
Kadar sewa di bawah berubah-ubah mengikut masa, jenis dan keadaan kediaman.
Ini adalah kadar biasa pada Jun 2001 untuk unit/rumah
tanpa perabut. Sewa untuk kediaman berperabut biasanya adalah lebih mahal
di antara $30-$50 seminggu. Sekali lagi diingatkan, sewa yang disebut adalah
dalam kadar SEMINGGU bukannya
sebulan!
Zon
Kediaman |
Unit
1
bilik |
Unit
2 bilik |
Unit
3 bilik |
Rumah |
Sekitar UQ |
$130-$160 |
$150-$220 |
$200-$300 |
$200 ke atas |
Sekitar West End |
$110-$140 |
$130-$170 |
n/a |
$180 ke atas |
Ciri-ciri
tempat tinggal yang sesuai.
Tempat tinggal yang sesuai adalah mempunyai ciri-ciri
berikut.
- Jarak berjalan kaki
ke universiti .
- Dekat dengan pengangkutan awam
seperti bas dan keretapi sekiranya tinggal jauh dari
universiti.
- Lantai ber'carpet'.
- Dapur dan heater menggunakan gas. Ini
menjimatkan bil letrik terutamanya di musim sejuk. Lagipun lebih
mudah memasak menggunakan dapur gas.
- Mempunyai garaj (tempat
letak kereta bertutup) untuk menyimpan
barang-barang.
- Lease 6 bulan bila menyewa buat kali pertama kerana
kalau tempat tinggal tidak sesuai, boleh berpindah setelah tamat lease.
- Berperabut kerana lebih senang berpindah tanpa mengangkat
perabut dan apabila tamat pengajian tidak perlu bersusah payah untuk
menjual barang-barang tersebut.
|