![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
|
![]() |
Panduan
Mencari Rumah (bhg. 2)
Ada 2 cara mencari rumah 1. Menggunakan khidmat ejen hartanah (real estate agent) 2. Berhubung terus dengan tuan rumah |
Tuan
Rumah
Untuk mencari rumah dengan berhubung dengan tuan rumah,
anda perlu melihat iklan-iklan di dalam suratkhabar tempatan. Unit atau rumah
yang akan disewa akan diletakkan di dalam ruangan Classified- Accommodations.
Di Brisbane, suratkhabar Courier Mail akan memuatkan banyak unit/rumah sewa
pada hari Sabtu. Sekiranya ada unit/rumah yang memenuhi keperluan anda,
hubungi tuan rumah. Tuan rumah akan mengadakan temujanji untuk memeriksa unit/rumah
tersebut.
Prosedur Menyewa Rumah
Setelah menjumpai unit/rumah yang berkenan
dihati, prosedur nya adalah seperti berikut.
1. | Isi borang permohonan (application form). Sila lihat syarat-syarat di bawah. Permohonan ini biasanya mengambil masa 1-2 hari untuk diproses. | |
2. | Sekiranya
permohonan anda berjaya. Anda perlu mengisi borang lease. Lease adalah
sewa hartanah dalam jangkamasa tertentu. Anda perlu membayar:
a) Rental bond (Cagaran sewa) sebanyak 4
minggu sewa rumah. Bond ini akan disimpan oleh pihak berkuasa. Ia akan
dipulangkan kepada anda setelah anda keluar dari rumah sewaan. Sekiranya
anda didapati melakukan kerosakan pada rumah/unit tersebut sebahagian/keseluruhan
wang itu akan diambil untuk memperbaiki kerosakan itu. |
|
3. | Anda akan diberi kunci rumah dan borang pemeriksaan kecacatan rumah. Adalah amat penting anda memeriksa rumah tersebut dan mencatat sebarang kerosakan yang sediada semasa anda memasuki rumah. Catatkan apa-apa saja yang dianggap tidak kena walaupun nampak kecil dan insignificant. Borang ini akan di countersign oleh ejen rumah. | |
Syarat-syarat menyewa rumah |
||
1. | Mempunyai bukti
sumber kewangan yang cukup. Samada:- a) Mengemukakan salinan bank statement b) Sekiranya anda pelajar tajaan, kemukakan surat penaja yang menyatakan jumlah tajaan sepanjang pengajian. c) Sekiranya anda bekerja, kemukakan salinan gaji. |
|
2. | Mempunyai referee (biasanya dua orang) yang mengenali anda. Biasanya rakan-rakan yang sudah tinggal lama di Brisbane. Isikan nama penuh, alamat dan telefon referee tersebut. |
Sila laporkan sebarang masalah yang dihadapi ketika melayari laman ini kepada webmaster.
Best viewed with Internet Explorer 4.0 or higher
© B'risi 2001