Panduan Mencari Rumah (bhg. 1)

Kebanyakan apartment tidak melebihi 3 tingkat dengan garaj di tingkat bawah.

 

Keperluan pertama setiap penuntut yang datang ke luar negara adalah tempat tinggal. Proses mencari rumah ini adalah yang paling banyak menimbulkan keresahan di kalangan penuntut-penuntut di luar negara.

Semoga panduan ini dapat mengurangkan perasaan cemas dan resah tersebut.

 


Penuntut Universiti Queensland
Universiti of Queensland terletak di St Lucia. Kebanyakan penuntut UQ  tinggal di dalam lingkungan 5km sekitar universiti, iaitu di St Lucia, Toowong, Indooropilly dan Taringa. Penuntut UQ boleh ke universiti dengan berjalan kaki ataupun menaiki bas. Ada juga yang tinggal di West End, kerana kadar sewa di sini adalah lebih murah tetapi mereka harus menaiki feri Citycat untuk ke universiti.

Penuntut Queensland University of Technology (QUT)
QUT terletak di pusat bandar. Kebanyakan penuntut QUT tinggal di West End. Ada juga yang tinggal di Highgate Hills, Hills End dan Wooloongabba. Penuntut QUT ke universiti dengan menaiki bas.


Jenis-jenis Kediaman
Kebanyakan penuntut tinggal di unit-unit apartment 2 bilik berkongsi dengan rakan-rakan. Ada juga yang tinggal di rumah Queenslander, iaitu rumah papan yang rupanya seperti rumah tradisional Melayu. Setiap unit mempunyai dapur masak (samada letrik atau gas). Unit-unit ini adakalanya mempunyai perabut lengkap (dengan katil, tilam, kusyen, dining set, peti ais, mesin basuh kain) atau separuh lengkap ( sekurang-kurangnya ada peti ais dan mesin basuh ) atau tidak berperabut langsung. 

 
Rumah bentuk Queenslander Lagi contoh apartment

Kadar Sewa
Sewa kediaman di Australia adalah dalam bentuk mingguan.  Kadar sewa di bawah berubah-ubah mengikut masa, jenis dan keadaan kediaman. Ini adalah kadar biasa pada Jun 2001 untuk unit/rumah tanpa perabut. Sewa untuk kediaman berperabut biasanya adalah lebih mahal di antara $30-$50 seminggu. Sekali lagi diingatkan, sewa yang disebut adalah dalam kadar SEMINGGU bukannya sebulan!

Zon Kediaman Unit 1 bilik  Unit 2 bilik  Unit 3 bilik Rumah
Sekitar UQ $130-$160 $150-$220 $200-$300 $200 ke atas
Sekitar West End $110-$140 $130-$170 n/a $180 ke atas

Ciri-ciri tempat tinggal yang sesuai.
Tempat tinggal yang sesuai adalah mempunyai ciri-ciri berikut.



Klik di sini untuk ke Panduan Mencari Rumah Bahagian 2

Sila laporkan sebarang  masalah yang dihadapi ketika melayari laman ini kepada webmaster.

Best viewed with Internet Explorer 4.0 or higher

© B'risi 2001